Malam Lailatul Qadar

Wahai orang-orang yang beriman..
Carilah olehmu LAILATUL QADAR di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan..
dan janganlah kamu mencari LAILA & NASI KANDAR di siang hari sepanjang bulan Ramadhan..
Selamat Berpuasa..
Moga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna..
InsyaAllah..

Perpaduan Teras Kejayaan

Salam..pd bln Ogos ni kita akan myambut kemerdekaan negara kita yg ke 51..thanx pd Tunku Abd. Rahman atas usahanya dan rakyat pada ketika itu dlm usaha menuntut kemrdekaan dr orang Inggeris..amat bmakna sekali bg negara kita..dan setelah bsusah payah mharung pelbagai rintangan, pd 31 Ogos kita tlh tlepas dr belenggu Inggeris..terima kasih Tunku..dan kami anak slps merdeka xkan sia-siakan segala usaha Tunku Abd Rahman..


31 Ogos ini juga genaplah 51 tahun bdirinya Malaysia sbg sbuah negara yg merdeka & bdaulat.. Semenjak dr tarikh keramat kemerdekaan, kta rkyt Malaysia telah lalui bsama saat-saat sukar & detik kejayaan..Kta mnaruh harapan utk melihat Malaysia yang adil, makmur dan perkasa 51 tahun lalu rkyt negara ini telah mbuat pilihan utk bdiri sdiri, bebas dr pmrintahan pjajah, bsetuju bhw negara ini ialah negara hukum yang mgamalkan sistem raja bperlembagaan dan demokrasi bparlimen..rakyat Malaysia mbuktikan mereka berani utk memilih & mbuat keputusan..memilih yg tbaik buat Malaysia..namun genap 51 tahun merdeka kta skali lg brada di psimpangan..kta melihat perlembagaan diperlekehkan, demokrasi diinjak dan institusi Raja dicabar..sudah tiba masanya kta rakyat Malaysia mbuat pilihan utk menemukan kembali erti kemerdekaan negara ini..adalah mjadi tggjwb kta skrg utk memastikan demokrasi bnafas semula di negara ini, keluhuran perlembagaan kembali dijunjung dan kedaulatan undang-undang terbina kukuh..marilah kta sama2 bsatu bg memastikan negara Malaysia ini kekal bebas dan merdeka.

Sejak merdeka ni pelbagai pcapaian & kemajuan tlh dicapai..pelbagai rekod juga tlh dicipta baik di peringkat nasional maupun di mata dunia..dan thn ni pun pelbagai agensi dan org perorangan yg sama2 myambut kemerdekaan negara kita ni..jika kita hayati prinsip RUKUNEGARA, kita akan dapati perpaduan itu merupakan teras kpd kejayaan..melalui perpaduan antara kaum kita dpt hidup dgn aman damai, harmoni, bebas, dan dpt mjalankan apa saja yg kita kehendaki baik dari segi politik, ekonomi dan sosial..dgn perpaduan yg kukuh kita dpt mbentuk sebuah negara yg stabil dr segi politiknya, kukuh dr segi ekonominya dan kepelbagaian kaum dr segi sosialnya..oleh yg demikian, marilah kita sama2 mhormati dan mhayati PRINSIP RUKUNEGARA..

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
memelihara satu cara hidup demokratik ;
mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ;
dan membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Haa..baca dan hayati ye..jgn dok baca camtu jek..ko paham x? klu paham bagus bagus bagus :)

Ramadhan Al-Mubarak

SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK 1429H

DEWAN AMAL ISLAM HADHARI (DAMAI)
&
YAYASAN RESTU

MELANCARKAN PROGRAM WAKAF AL-QURAN.

Program ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan budaya wakaf disamping meninggikan syiar Islam melalui pelancaran Salam Ramadhan. Ini antara langkah yang boleh dilakukan iaitu mewakafkan Al-Quran untuk kegunaan penduduk Islam berkenaan bagi membolehkan mereka menghayati kitab suci itu. Sesungguhanya Program Wakaf Al-Quran ini merupakan sumbangan Malaysia terhadap pembangunan ummah seluruh dunia.

Pembudayaan WAKAF :
Wakaf adalah sedekah khusus dan ibadah demi menzahirkan pengabdian diri kepada Allah S.W.T dan mendekatkan diri denganNya.

Waqif (org yg mewakaf) akan memperoleh pahala abadi, yg tidak putus kerana kematiannya di dunia.

WAKAF adalah instrumen perkongsian manfaat di kalangan umat Islam, unsur pengukuhan perpaduan dan meninggikan syiar Islam.


Kelebihan WAKAF didalam Al-Hadith :

Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa ada 3 perkara yag tidak putus kerana kematian seseorang itu iaitu
'Sedekah jariah (termasuk wakaf), ilmu pengetahuan yg diamalkan
dan anak2 yg Soleh yg mendoakan untuknya'.

Oleh yg demikian, marilah kita bersama-sama melakukan amal jariah semoga kita sama-sama mendapat keredhaan dari Allah. Semoga usaha kita ini diterima oleh Allah S.W.T sebagai bekalan menuju ke negara akhirat yg abadi. Amin.

Untuk menderma :
Tapi WAKAF 1 untuk RM1,
WAKAF 2 untuk RM2
dan seterusnya hingga WAKAF 10 untuk RM10.
Hantar ke 32776 atau 03-55119001/2/3


Maklumat lanjut sila layari :

Sumbangan boleh disalurkan terus ke :
Bank Islam Berhad
atas nama
TABUNG AMANAH DAMAI
No. Ak : 14041010069493





Khemah Kerja di Kem Idaman Nuraini

Salam..aku blk dr Trolak Perak aritu 17 aug 2008..esoknya dah kena keje..ada program Semarak Merdeka lak..dpt rilek skjp jek..huhu :( Program Semarak Merdeka ni usahasama ngan TM Berhad..so far sambutan mggalakkan..ramai jgk r yg amik bhgian dlm larian Merdeka tu..dorg dpt t-shirt, topi & mkn freeeee :) Esoknya aku amik cuti then teman wife aku g MAHA 2008..jmpa sepupu aku tu..
Pada 21-24 aug 2008 lak aku jd fasilitator utk bebudak sekolah..Jabatan aku buat program Khemah Kerja..so kitaorg kumpul 120 org student dr 6 buah sekolah dr KL ni utk join program ni..tmpt Kem ni dlm hutan jgk tp yg bestnya dkt ngan umah aku kat Hulu Langat :)

Ni la tmpt kitaorg buat khemah kerja tu..tmpt tu nyaman, tenang & cantik..kat sini ada sungai dr air terjun..sejuk giler air dia..masalah nak mandi pagi woo..tp aku ok je..dah mmg dok kat area sini..dah kebal ckit..huhuBas yg tersergam indah ni la yg bwk kitaorg dtg sini..ni bas Jabatan aku..siap ada gambo KLCC lg :)

Korang tgk r kat air tu..syok giler kan mandi..dok pulak kat celah batu tu..pastu air dok terjun atas pale..pergghhh best giler!!! kitaorg 2 jam jgk r mandi sakan kat saner..smp mggigil br ingat nak balik kem :P
Ni la pmandangan dr dlm kawasan kem ni..luas jgk tmpt dia ni..ada dewan, surau, dorm, kantin, chalet dll..

Para student yg mgikuti program khemah kerja ni..tah aper yg dorg khusyuk dengar pun aku x tau :) student2 ni ada tingkatan 4 & 5..generasi ni la yg akan mgantikan kita suatu ari nnt..mgkin dr kalangan dorg ni yg mjd pemimpin kita suatu ari nnt..siapa tau kan..
Ni antara aktivit out-door yg dbuat..jungle trekking..sblm msk utan dorg kna mlepasi anak sungai ni..licin siot batu tu..silap2 bole tlentang dbuatnya..jaga2 cik salmah :)


Lepas dah mlalui rintangan sungai, skg dorg tpaksa panjat bukit lak..smlm lak ujan lebat..lecak r tanah tu jwbnya..ramai jgk r yg jatuh tmasuk salah sorang fasilitator..ahak ahak ahak
Ni la muka2 yg seronok sgt kna dera ngan aku..aku pakaikan dorg ni 'bedak'..hahaha..wlupun dorg kna dera camtu tp dorg suka..iyer..aku dah tnya dah dorg ni..dorg suka :)


Barisan fasilitator2 yg poyo..hahahahahanggok dia..sori geng aku gurau jek :)

Ni lak fasilitator yg sgt baik hati...tgk muka dah tau kan :)


Seronok jgk tgk bdk2 ni..tp lg seronok klu korg dpt mlaluinya sndiri..kdg2 kesian jgk tgk bdk2 ni..mana x kesian jadual pack giler ngan aktiviti dlm kelas & luar..tp aktivit tu sumer yg bfaedah pd dorg jgk..byk yg dorg dpt bljr ttg semangat bpasukan, disiplin, bekerjasama antara satu sama lain dan yg penting dpt tamankan semangat cintakan agama, bangsa & negara..tp yg cari jodoh pun ada jgk :) Secara keseluruhannya sumer org bpuas ati ngan khemah kerja ni & dorg mintak buat lg program camni..bkn x nak buat lg...tp tgk bajet dulu cik kak oiiii!!!!




MAHA 2008

Salam..aritu kat KL ada buat MAHA 2008..mcm2 produk ada..org yg dtg jgn citer r..ramai giler..tah aper tah dorg carik :P
Kali ni MAHA tu dorg buat kat area Serdang..dkt ngan UPM..tempat pameran MAHA kali ni agak tsusun & cantik..aku rasa tempat ni nnt jadi tmpat tetap buat MAHA kot..aku agak je r..kat situ ada 4 dewan A,B,C & D..dewan A menempatkan agensi kjaan yg tlibat secara lgsg or x lgsg dlm industri pladangan ni..kt cni byk r jbtan/ Ngo yg buat pameran dorg..ciap ada sawah padi skali dorg bwk..Dewan B lak menempatkan agensi yg tlibat di peringkat antrabgsa..kt cni ada tunjuk pict lembu2 gemuk, kambing kacukan, buah, sayur..tp sumer beso2 saiz dia..Dewan C lak menempatkan teknologi yg membantu dlm sektor pladangan lak..ada manyak mesin, jentolak & mcm2 lg r..sepupu aku pun ada kat cni..tp bkn jd mesin r ..dia wakil kpd KULIM BHD..dorg ada buat pameran kat MAHA ni..thn lps dia ada jgk tp aku x smpt nak jmpa dia..tp kali ni aku dpt jmpa dia :) Dewan D lak menempatkan produk IKS..manyak woo makanan kt cni..mcm2 ada..aku beli madu lebah kt cni..dah lama aku cari yg ori..mmg byk jual kt luar tu tp ssh nak cari yg ori..lama jgk r aku lepak saner..mmg seronok tgk industri IKS bkembang pesat..kbykan peniaga adalah org Melayu..so saper kata kjaan x tolong org Melayu..ada beratus produk makanan kat ctu..bangga lak aku tgk org Melayu maju..bravo bravo..syabas mera baiya..inspekter shahab pulis station..ahak ahak ahak
Ni pict aku masa kat MAHA aritu..
Ni lak pict aku ngan sepupu aku..bagak woo body dia..cam lembu kacukan lak..patutnye ko dok kat Dewan B tu..sori Padeli..aku gurau jek :P Aku x dpat nak borak lama ngan dia sbb ramai sgt dtg booth dia..so aku pun jln2 cari makan :)



Kursus kt Trolak Perak

Salam..lps aku balik dr Langkawi aritu, aku kna g Trolak Perak lak..ada kursus kat sana..br je dpt balik umah skjap dah kna out station semula..mmm..lama lak tu dr 8-17 aug 2008..dpt rehat 3 ari je kat umah..jumpa ofismate, family then kna 'bpisah' kejap..xpe la..dah keje kan..aku tau korang pun mst bz ngan keje kan..wlu bz cmner skalipun jgn abaikan family & kwn yg salu support korang dr blkg k :)

Kt saner aku jmpa ramai jgk kwn2 br..dr lain2 jabatan lak tu..byk jgk r kenangan kat saner..yg patah tgn pun ada..ni sumer gara-gara lawan tarik tali..tp kan dlm ramai2 tu ada sorang mamat ni kuat giler..bdn dia pun bagak jgk..cm body builder ckit..kitaorg pggl dia 'badang'..mmg kuat giler tp salu dtg lewat g kuliah..huh!

Mcm2 program kitaorg buat ke saner..hepi manjang..ye r dpt jumpa balik member2 lama..badge aku ada 13 org..so dpt jumpa sumer..tp msg2 dh berubah ckit..mgkin sbb faktor jarak & umur kot..huhu

Bila dh lama x jmpa mst r byk prubahan kan..aku pun x tkecuali jgk kot..tp ape pun kitaorg msh rapat..Haaa..ni la mbr2 badge aku yg 13 org tu..x sumer yg ada ms amik pict ni..tah maner tah lg 2 org tu g..nasib la kan..maner yg ada jer r :) kitaorg keje bersepah 1 mesia..ada yg kt Seremban, Perak, Langkawi, Selangor, Melaka, Pahang & x lupa negeri asal aku..JOHOR.. utk org Johor..ape kabo mu disaner :)
Ni lak pict masa aku nak g jungle trekking..msa tu dah ptg..kitaorang kna bjalan kaki sejauh 2.5km utk smp ke pintu msk hutan tu..jauh siot..dh la pnt bjalan pasni kna turun naik bukit g..cian aku kan..sob! sob! sob!

Ni la yg dinamakan proses bjalan kaki sejauh 2.5km tu..huh!

Yg ni lak msa malam terahkir sblm kitaorg exam..ada dinner msa tu..mkn chinese food..mlm tu kitaorg sumer kna pakai baju kaler kuning..mcm nak buat perhimpunan 'bersih' lak kan..ni mbr2 aku yg 1 kumpulan ngn aku msa kt saner..nama kumpulan aku 'ORRIX'..korang ada bkenan kt saper2 x.. :P

Ni lak hamper utk kumpulan kitaorg..kitaorg dpt tempat ke 2 kumpulan tbaik..ingatkn dpt tmpt 1st td..tp xpe r wlupun dpt tmpt ke2 hamper tmpt 1st samer beso ngan kitaorg jgk..ahak ahak ahak!








De Tour De Langkawi

Salam..dah lama juga aku x tulis ape2 kan..bz ngan keje ckit skg ni..mcm2 program kena organise..pening jgk pale ni tp dah keje kan nak wat cmner..dlm sibuk keje ni mcm2 aku teringat..psl family n mcm2 lagi..kita klu dah rindu ngan seseorang msti ssh nak handle kan..ntah r


Kt cni aku nak citer ckit ttg aku wat program ke Pulau Langkawi..msa ni aku wat program utk orang Lembah Pantai KL..tarikh program tu pd 1-4 aug 2008..lama jgk r kat saner.. :) Ni pict msa aku baru smp Pulau Langkawi..msa tu pun dah 9.30 am..dari KL bertolak jam 11.00 pm..kat Jeti Kuala Perlis ni..smp2 je aku rasa pnt siot! x sbr nak check in otel..nak tido :)

Kali ni aku g out station aku bwk wife aku..ktaorg 'bertemu' pun kat Langkawi...so ni mcm mengimbau kenangan lalu lak..huhu :)
Aku ingat ble dah smp otel ingat bole rt ido jap..tp wife aku ajak g jln2 dulu daa..tghari nnt program dah stat..so aku x smpt r nak tido..pas bfast ktaorg pun terus kuar..destinasi 1st aku ialah... CABLE CAR!! so jom kita naik cable car...yehaaaa :)

Masa aku naik cable car thn lepas tiket dia RM15...skg pun msh harga yg sama jugak..bagus! bagus! bagus! :)
Seronok la jgk naik..aku gayat pun ada jgk..tp kna r control beb..aku tfikir jgk ttg cable car ni..x sangka lak kt pulau bole ada cable car..rasa cam x pcya pun ada jgk..tp yg buat aku bangga & kagum ialah bagaimana Dr. Mahathir bole tfikir nak majukan Pulau Langkawi ni..dulu xde ape2 pun..skg ni Pulau Langkawi ni mjdi salah sebuah destinasi pelancongan yg terbaik di rantau ni..fuyoohhhhh..tabik spring!!!!!

Ni la benda yg mgerakkan cable car tu..beso giler beb..tah ape tah nama dia aku pun x tau..yg aku tau benda ni msti kuat giler sbb nak tarik bpuluh2 cable car kt atas tu..perghhh!! kuat siot..jgn r 'ko' mragam msa aku naik nnt dah la yek..
Ni pmandangan ble dah ada kat atas sana..waaa tingginyerrrrr...aku xtau nak gmbarkan cmner..klu korang naik nnt tau la korang cmner rasa dia..padan muka korang ngan muka aku skali..


Akhirnya aku smp jgk kt atas tu..korang bole bygkan tak binaan yg korang nmpk tu..aku x tau r brapa lama diaorang amik masa utk buat benda tu..tp msti ssh giler nak buat..klu atas tanah sng nak buat..tp ni atas bukit yg tinggi..by d way bukit ni nama di Bukit Mat Cincang..tu yg tourist guide bgtau aku..tp klu dia tipu aku, maknanya aku tipu korang jgk r...ahak ahak ahak
Jambatan ni merupakan destinasi terakhir kat atas bukit tu..jarak dia jauh la jgk..bgoyang2 jgk r masa jalan kt ctu..angin kuat btol..tp pmandangan cantik sgt..klu xde kabus bole nmpk pulau2 kecil negara Thailand..nmpk cam dekat je..msa aku jalan kt jambatan tu, technicion dia tgh check kerangka jambatan tu..dorang selamba je bgayut kat ctu..tp pakai tali r..cam org nak panjat gunung K1 tu..mst gaji dorang mahal kan..ye r bkn sumer org ada kelayakan wat camtu..rupanya stiap hari dorang check kerangka tu..takut ada masalah..mmm safety first..bagus bagus! bagus!
Ni pict aku ngan wife aku..smpt lagi berdating kt atas tu..cewahh.. masa tu aku mnta ada sorang brader tu tlg amik pict kitaorg..thanx bro!
Sebenarnya byk lg yg aku nak citer..tp cm penat lak menaip bebanyak ni..apa pun aku enjoy msa kt sana..byk jgk r tmpt yg aku lawati & byk jgk r duit aku kuar..sob! sob! sob!

Malam tu bmula la program aku..dok bg ceramah ttg 'penstrukturan semula harga bahan api' kt pnddk setempat..ramai jgk yg dtg..tp xtau r dorang dtg sbb nak dgr ceramah or makan freee..hua hua hua