Ramadhan Al-Mubarak

SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK 1429H

DEWAN AMAL ISLAM HADHARI (DAMAI)
&
YAYASAN RESTU

MELANCARKAN PROGRAM WAKAF AL-QURAN.

Program ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan budaya wakaf disamping meninggikan syiar Islam melalui pelancaran Salam Ramadhan. Ini antara langkah yang boleh dilakukan iaitu mewakafkan Al-Quran untuk kegunaan penduduk Islam berkenaan bagi membolehkan mereka menghayati kitab suci itu. Sesungguhanya Program Wakaf Al-Quran ini merupakan sumbangan Malaysia terhadap pembangunan ummah seluruh dunia.

Pembudayaan WAKAF :
Wakaf adalah sedekah khusus dan ibadah demi menzahirkan pengabdian diri kepada Allah S.W.T dan mendekatkan diri denganNya.

Waqif (org yg mewakaf) akan memperoleh pahala abadi, yg tidak putus kerana kematiannya di dunia.

WAKAF adalah instrumen perkongsian manfaat di kalangan umat Islam, unsur pengukuhan perpaduan dan meninggikan syiar Islam.


Kelebihan WAKAF didalam Al-Hadith :

Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa ada 3 perkara yag tidak putus kerana kematian seseorang itu iaitu
'Sedekah jariah (termasuk wakaf), ilmu pengetahuan yg diamalkan
dan anak2 yg Soleh yg mendoakan untuknya'.

Oleh yg demikian, marilah kita bersama-sama melakukan amal jariah semoga kita sama-sama mendapat keredhaan dari Allah. Semoga usaha kita ini diterima oleh Allah S.W.T sebagai bekalan menuju ke negara akhirat yg abadi. Amin.

Untuk menderma :
Tapi WAKAF 1 untuk RM1,
WAKAF 2 untuk RM2
dan seterusnya hingga WAKAF 10 untuk RM10.
Hantar ke 32776 atau 03-55119001/2/3


Maklumat lanjut sila layari :

Sumbangan boleh disalurkan terus ke :
Bank Islam Berhad
atas nama
TABUNG AMANAH DAMAI
No. Ak : 14041010069493





1 Response to "Ramadhan Al-Mubarak"

  1. MR.WILD_DRAGON says:
    9 September 2008 pada 2:24 PG

    Alhamdulillah ......bertambah la Amalan Dunia Untuk dibekalkan Di Akhirat Kelak.....Tapi harus diingat jangan lah I bertukar menjadi riak.....